Saturday, May 26, 2012

berlari trus berlari..


makin laju makin hilang..
makin deras makin hanyut..
makin atas makin lagak..
jalanlah..geraklah..pantaslah..
seribu simpang pun tak cukup..seribu papan tanda aku bingung..
lari dari siapa..untuk apa..tanda tanya..
undur ke belakang asal bergerak..
tapi untuk apa balik ke masa itu..
kenangan indah yang ada tak berisi..
tak ada watak bergerak..
aku lari lagi..makin laju trus lari..
jumpa simpang tapi aku pilih lurus..
bimbang simpang itu putaran ke masa laluku..
indah memang indah tapi aku rendah, aku mentah, aku hijau..
kini aku lari trus lari agar tak tersakiti, agar matang, agar merah...
larilah..trus berlari..


Wednesday, May 23, 2012

bahagia..

bersamamu aku bahagia..
denganmu aku bahagia..
diam senyap gerak lari
asal denganmu aku bahagia..
erti rasa tawar hidup
dekatmu aku bahagia..
bersama rasa cinta dan sayang
aku juga bahagia..
dalam hidup ini jalani seikhlasnya..
kita boleh bahagia..
terima seadaanya dan syukuri semua
kita juga bahagia
tak perlu soal jawab duduk berdiri
jalan lari diam pekik marah senyum..
kerana semua tahu bahagia itu perlu dicari
bukan datang sendiri asal kita tau
bahagia itu rasa bukan kata..
ku mahu kau tahu aku bahagia
kerana kaulah bahagia itu..


Tuesday, May 22, 2012



lagu nie mempunyai beribu makna tersirat dan harapan yang mendalam...ost cinta sakura nie main d tv3 setiap isnin hingga khamis jam 7malam.dibintangi oleh fasha sanda dan fahrin ahmad.jalan ceritanya nie mengisahkan kehidupan seharian gadis yang cekal hidup dalam kemiskinan..bagi aku drama nie sangat menyentuh hati dan dapat dijadikan iktibar hidup..kesusahan dan kemiskinan tak membatasi kita tuk terus berjuang dimuka bumi ALLAH ini...asalkan sabar dan ada harapan..berdoa tuk kebaikan bersama..semoga drama nie mampu membuka mata kita tentang erti sebuah harapan..

hati ku berkata


Menghitung hari itu mudah..
Rasa ingin dekat tapi terpaksa jauh..
Aku ingin mengapai pada bayang itu..
Tapi jelas ia tak nyata..
Aku terus bersabar dan bertahan pada Satu
Harapan itu jangan hilang..jangan pergi dari aku..
Kuat atau tidak itu aku fikir..
Putar akal faham tanda..
Janjimu ku tahu itu nyata..
Sabar dan sabar kerana percayalah..
Hari kau dan aku hitung akan dekat..
Bayang muncul jd nyata asal sabar
Kerana harapan akan hadir asal kebal
Dekat makin dekat sangat dekat dah dekat tak ada jarak lagi
Kau dan aku tau apa kita mau sebab kita jauh..


cintaku

cinta..apa itu cinta...aku rasa aku alami dan aku tahu..rasa takut kehilangan adalah bukti hati menyinta..rasa ingin berkongsi kegembiraan dan kesedihan bukti wujudnya cinta..dengan cinta aku tau aku harus berserah pada penciptaku..cintaNYA ADALAH HAKIKI..aku dilahirkan dengan cinta, hidup dalam cinta dan bertahan pada cinta...anugerah terindah ALLAH berikan sesama manusia adalah cinta...berkongsi rasa berbagi sayang sebab yang menyinta pasti dcinta jika kita memohon pada pemberi cinta sebenar..semoga cintaku pada dia yang kucinta tidak melebihi rasa cinta pada PENCIPTA CINTA sebenar <3


Wednesday, May 9, 2012



Minat sangat lagu nie….hehehehe hope ur all enjoy it….. guna lagu nie main gitar pun best….

sendiri


satu tak ramai...
satu tak sunyi..
satu tak berteman..

tapi..
 sendiri ku hadir..
 sendiri ku ada kau..
 sendiri ku bahagia
 sendiri ku berdua..

jauh aku rindu..
jauh aku ingin..
jauh aku sayang..

kau..kau...kau....
sendiri ku tunggu kau...
sendiri ku rindu kau
aku sayang kau walau kita jauh..
aku ingin kesendirian ku ini bsama kau....



Tuesday, May 8, 2012

percaya..

kadang kita percaya pada apa yang kita lihat, kita pegang kita tau dan kita rasa....percaya mungkin satu kata ringkas tapi tuk mempraktikannya dalam satu perhubungan itu perlu kekuatan hati...ramai hubungan berakhir akibat kegagalan fungsi percaya dalam hubungan...percaya pun perlu dalam kehidupan...aku percaya PENCIPTAKU selalu bersamaku dan memberikan kehidupan yang selayaknya bagi kita...percaya bukan satu tindakan dengan bukti, tapi percaya perlu hadir dari dalam hati kita bahawa yang kita percaya adalah yang baik dan benar...seperti rasa cintaku pada PENCIPTAKU..apa yang pasti selagi kita percaya pada yang benar dan baik, kita akan selalu bahagia...


Sunday, May 6, 2012


Tik tok tik tok….sedar tak sedar dah bulan 5….masa berlalu begitu pantas…aku bersyukur pada ALLAH selalu diberi kesihatan,kebahagiaan, dan kesenangan bersama org2 yang aku sayang…lindungi semua orang2 yang aku sayang YA ALLAH..kepadamu hamba bermohon…kehidupan cukup indah dan keindahan itu yang membuat aku bersyukur tuk semua anugerah ini…apa yang penting, jalani hidup, syukuri apa yang ada dan sentiasa berharap pada pencipta kita…semoga kehidupan ini akan sentiasa bahagia..amin





"Marry You"

It's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Well I know this little chapel on the boulevard we can go,
No one will know,
Oh, come on, girl.
Who cares if we're trashed got a pocket full of cash we can blow,
Shots of patron,
And it's on, girl.

Don't say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we'll go, go, go, go-go.
If you're ready, like I'm ready.

Cause it's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

I'll go get a ring let the choir bells sing like oooh,
So what you wanna do?
Let's just run girl.

If we wake up and you wanna break up that's cool.
No, I won't blame you;
It was fun, girl.

Don't say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we'll go, go, go, go-go.
If you're ready, like I'm ready.

Cause it's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

[x2]
Just say I do,
Tell me right now baby,
Tell me right now baby, baby.

Oh, it's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.


saat hati menanti lagi..
saat cinta bertahan lagi..
saat rindu membara lagi..
aku diam menunggumu..
aku ikhlas menantimu..
aku yakin melihatmu..
kerna aku ada harapan itu..
kerna aku punya harapan itu..
jangan pernah berhenti berharap
kerna sesuatu yang lemah,layu,lemas dan lelah
akan bangkit,bangun,hadir, menjelma 
dengan seiring harapan,,,

aku mengharapkan cintamu,
aku percaya penciptaku..
aku yakin takdirku..

ku berdiri selagi kau tinggalkan aku dengan harapan...

Tuesday, March 27, 2012

Buruk



Kenapa segala buruk.. jahat.. hina.. jadi bahan mereka…
Bagi aku tidak…
Kenapa rendah dan senget selalu mereka anggap kau
tapi bagi aku kau cukup rata dan seimbang..
dah cuba benci tapi rasa tak benarkan..
dah cuba lupa tapi hati tak izinkan..
kenapa yang buruk..baik pada aku..
kenapa yang hina.. suci pada aku..
kenapa yang jahat..polos pada aku..
kenapa yang senget..lurus pada aku..
dah cermin pun Nampak elok
dah suluh pun nampak indah..
ternyata aku sayang yang buruk pada mereka..
aku rindu yang kejam pada mereka..
akal dan hati aku tak bohong..
tapi mereka tafsir beza dr nyata..
kau buruk pada mereka tapi indah pada aku…
kau buruk pada mereka tapi tidak pada aku..

silent mode by put3

Takut



Makin lama makin jauh tak tergapai,
Makin hari makin lewat tak berbalas,
Makin dekat makin hilang tak bertanda,
Takut aku makin takut..
Tanya sama mereka semua kata kiri
Aku dan hati ini fikir kanan..
Tafsir isi tersurat dan tersirat tanpa bukti itu fitnah..
Jangan sorok.. jangan sembunyi.. jangan gelap dari terang,
Jangan hilang dari nyata..aku takut saat hati dah kebal kau datang rayu lagi..hati melangkah goyah kau datang kejar lagi..
Tutup kisah kita..aku dah lipat sorok simpan sejarah kita dalam hati paling tepi..
Cukup jadi penakut..melangkah pergi jangan pernah toleh lagi..

Mode silent by put3

Wednesday, March 21, 2012

topeng..


terbukti segala kepalsuan,
busuk dah hidu,
panas dah rasa,
tipu dah nampak,
topeng tak buka juga...
berselindung d balik kenangan kita,
tak mampu jadikan kau baik..
kata orang, masa mampu mengubah manusia,
tapi kau anti masa benci waktu, kebal detik,
hanya topeng yang kau pakai..
aku mungkin senyum saat kau bohong,
gelak saat kau putar cerita,
diam saat kau kata cinta,
nak sampai bila, nak hebat mana, nak kejar apa,
otak dan hati rasa yang sama boleh tak,
jangan tahan topeng longgar nak tutup kau siapa...
sebab ko putar sana sini, aku tau kau pura pura..
kita pernah kongsi cinta tp tidak saat ini..
Harap maklum pergilah tak ingin lihat lg
Toleh rasa perit..terbang rasa patah
Pergi jauh tak lihat d mata..


Friday, March 16, 2012

cambur baur...

now, kereta baru dah kluar n kereta lama orang lain ambil...dah biasa pakai kereta tue rasa sayang nak tinggalkan...banyak kenangan d kereta tue....bila dah pandu kereta lain...rasa kekok betul..tapi bersyukur jak dengan semua rezeki yang ALLAH bagi....apapun perasaan nie bercampur baur jak....apapun gud night....ngantuk dah.....salam

Wednesday, March 14, 2012

pernah...


kata suka tapi duduk sana..
kata cinta tapi sorok sana..
kata mau tapi diam sana..
tak tegur bukan tak suka..
tak tengok bukan tak cinta..
tak toleh bukan tak mau..

dulu pernah cuba tapi tak sama..
dulu pernah cuba tapi tak gerak..
dulu pernah cuba tapi tak serentak..
tapi pernah..

aku tak sembunyi cuma tersorok..
aku tak takut cuma segan..
aku tak mau cuma ingin..
tanya sama aku pun aku jawap pernah..

sebab kita pernah...????


Monday, March 12, 2012

Tak terfikir akaL


melangkah pun goyah,
apalah difikir hati tak terluah kata,
takdir temukan lagi dia yang tak pernah terfikir akal..

hati masih ingat saat dulu mcm mana,
tapi akal tak dapat faham kenapa skrang,
kenapa datang lagi..cari apa, bongkar apa dan korek apa,

kau fikir tak sama macam hati kau kata,
kau cakap tak sama apa kau buat,
kau langkah tak sama arah kau tuju,
kau tengok tak sama apa kau pegang,

jujur pada hati tapi kenapa tipu pada akal,
jujur pada orang napa tipu pada aku.
jujur pada mereka napa songsang pada kami,

hati tak terfikir akal,
tangan tak tercapai akal,
smua bertindak dekat pada hati jauh pada akal..
semua kau kata tak terfikir akal....






Tuesday, February 21, 2012

Dilema…



Hidup berputar seiring wak2..aku ttp disini menanti sesuatu yang tak pasti..cinta yang ada antara kita selalu tenggelam dgn tingginya ego…mencintaimu jadikan aku penakut..setelah perpisahan yang berlaku, cinta itu seakan diam tanpa tindakan..tanda Tanya sering hadir ..bnyak org kata ego boleh hancurkan rasa cinta yang ma c ada..jujur aku penakut.. aku takut tuk balas rasa yang pernah aku bunuh dulu,,yang pernah aku khianati dulu.. jujur juga aku ma c cinta..tp aku takut..semoga kau tau aku ma c mengharap walau aku tak mampu luahkan.. diamku buatkan egoku makin pijak kepala.. maafkan aku untuk segalanya..suatu saat nanti andai keberanianku mampu kalahkan egoku, aku akn datang dan luahkan pada kau walau aku tak tahu adakan masa tue harapan tue ma c ada atau takdir tak memihak pada kita..


mana???


cinta d mana..sayang kemana..dan kita harus kemana..rindu tak perlu tau yang cinta mula hilang dan sayang mula enggan..selagi harapan ma c ada, semuanya ma c ttp bersama walau kita tanya hati kita masing2 mau d bawa kemana hubungan ini..yang pasti mana itu ARAH bukan PAKSA..percayalah mana hati kita kata tp fikirlah guna akal kita..



Sunday, February 19, 2012


Don't call me that woman,
If u don't know that i'm still that little girl.

Don't call me the materials,
When u don't know that i own everything.

Don't call me the ' miss whateva',
If u never read anything about me yet.

Don't try to correct me,
When u don't even know what u just did.

Don't try to buy me,
If u can't even pay for your own bills

So DON'T! until the right time is here..
             


cinta itu diam


tajuk pun pelik...tapi bagi aku itulah cinta dalam otakku saat ini.... perhubungan yang terputus dengan perasaan yang masih sayang akan melahirkan erti cinta itu diam...aku tak fikir dgn bersuara aku mampu betulkan yang salah dan sambungkan yang terputus.. kadang melihat dia bahagia sudah cukup untuk kita melangkah ikhlas... masih menyintai seseorang itu bukan alasan unutk menjadikan dia hak kita...walau masih sayang, diam adalah kunci untuk segalanya...satu saat nanti TUHAN tunjukkan caraNYA andai dia jodohku....aduiiii apalah yang ada d minda dan tertaip dek tangan yang dbisikkan oleh hati saat ini hanya DIA yang MAHA TAHU...semoga diam itu cinta dan cinta mungkin harus diam....





Friday, February 17, 2012

Maaf

kata maaf akan kehilangan maknanya jika diucapkan berulang kali untuk kesalahan yang sama..aku maafkan segalanya yang berlaku tanpa rela dalam kehidupanku...TUHAN punya rencana hebat untuk memuliakan kita... kata maaf itu harus serta bersama ikhlas kerana dugaan itu juga akan datang bersama kebahagiaan d belakang hari...



Wednesday, February 15, 2012

fikirlah...

aku fikir dan aku tau kau pun fikir...mau d bawa kemana hubungan ini..yang pasti hubungan hati ini kita tlah lama bsama.. perancangan dan kerja kerasmu aku hargai... ALLAH maha tahu segalanya..semoga segala seperti yang kita rancangkan..aku mengharapkanmu dan segenap harapan ini bukti yang aku tetap disini... fikir yang patut dan fikir yang indah..masanya kan tiba..bersamamu..



seimbang tapi tak rata..


melangkah lagi untuk kesekian kalinya.. hidup harus dteruskan..posisi hidup adalah takdir TUHAN untuk kita nikmati.. datang dugaan dalam pelbagai cara dan bentuk untuk kita dbentuk menjadi lebih baik...kadang lelah menerima smua tp pasrah bukti kekuatan hati... cuba mengimbangi yang tak rata itu sulit.. mengeluh hanya menghalangi sesuatu yang baik untuk menghampiri.. syukuri hidup dalam keseimbangan yang tak rata kerana manusia tiada yang sempurna...